GEORGE TOWN: Kerajaan akan meneliti peraturan dalaman untuk menangani isu kod pemakaian yang ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan di pejabat kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
"Kerajaan juga harus melihat cara untuk mengawal selia etika berpakaian supaya ia seragam bagi mengelak percanggahan di negeri yang berbeza," katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.
Baru-baru ini, dilaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB) mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek hingga pangkal paha di premis perniagaanya.
Bagaimanapun, MPKB bersetuju membatalkan kompaun terhadap wanita berusia 35 tahun itu selepas sesi perbincangan diadakan bersama Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.
Sementara itu, dilaporkan seorang anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) bertugas di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang didakwa cuba menghalang seorang wanita bukan Islam memakai skirt daripada memasuki pejabat tersebut, Rabu lalu. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Kerajaan perlu teliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. - Gambar fail BERNAMA
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Kerajaan akan teliti peraturan kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan - Ramkarpal
Kerajaan perlu teliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Terengganu tarik diri sukan gimnastik, gimrama wanita
Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan itu diambil kerana berdepan halangan dalam soal pakaian patuh syariah yang bercanggah peraturan ditetapkan persatuan atau badan induk sukan berkenaan.
Jangan ikut suka, fahami etika berpakaian
Ya, dalam hidup, selagi kita berinteraksi dengan orang, selagi kita memberi impak kepada orang sekeliling kita, kita seharusnya mematuhi some decorum.
Digantung kerja gara-gara tak kenal bos
Dua pegawai polis di Noida digantung kerja kerana didakwa mengabaikan etika kod pakaian ketika mereka menahan sebuah kenderaan yang membawa ketua polis Uttar Pradesh.
Etika berpakaian dan cara pangkah, ini garis panduan SPR
Pengarah Akademi Pilihan Raya, Hasanul Isyraf Naim menjelaskan mengenai apa yang anda perlu tahu ketika keluar mengundi pada 9 Mei ini.